Sunday, October 6, 2013

Takdir



Kita sering mahukan hari yang CERAH….
Tetapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan…
Kita ingin seringkan KESERONOKAN…..
Jauh sekali akan KESUSAHAN…
Tetapi Allah lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar ERTI KEHIDUPAN…
Kita sering menginginkan KETENANGAN…..Hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN

....................................

Tak baik merungut dengan dugaan yang Allah telah tetapkan
kerana seolah2 kita tak bersyukur dengan ujian yang diberikan
malah ucapkanlah rasa syukur kerana kita masih 'dipandang' oleh Allah
kita dipilih oleh Allah dari berjuta umatnya untuk merasai manisnya ujianNya
bersabar lah kerana dengan bersabar Allah hendak meningkatkan darjat kita di sisiNya 
:')



Kadang2 aku lupa Allah itu sentiasa memandang kita
Allah 'kejutkan' kita dengan kehilangan orang yang disayangi 
kerna sebelum ini mungkin kita hidup dengan kemewahan 
kerna sebelum ini kita masih lagi lalai dengan tanggungjawab kepada Nya
maka Allah 'kejutkan' kita
supaya kita kembali kepada Nya, mengadu kepada Nya
kerana Dia sayangkan kita
:')


............................

Harap aku tergolong dalam kalangan yang bersyukur. Kadang2 rasa diri tak bersyukur dan redha dengan ujian Allah. Tapi sebenarnya kenangan bersama yang tersayang tu buat kita rasa sedih dan teringat2 sampai sekarang. Setiap kata2 mereka aku ingat dan itulah yang menguatkan aku untuk menghadapi hari2 mendatang tanpa mereka.

Aku bersyukur aku sempat jaga mama sepanjang aku hidup. Aku bersyukur aku sempat jaga atok sepanjang atok sakit. Aku gembira bila mana mama makan makanan yang aku beli. Bila mana makanan yang orang lain beli tak kena dengan selera mama. Rasa ade 'chemistry' dengan mama. Aku bersyukur sangat aku sempat tengok mama sebelum mama menghembuskan nafas terakhir meskipun aku tak ada masa mama nazak. Aku bersyukur sangat2 aku sempat jaga mama masa aku tengah study week. Kalau lah aku tak balik minggu tu mesti aku rasa kecewa sangat2. Syukur Ya Allah.

Bila sebut kenangan dengan mama, aku rindu naik moto dengan mama pegi pasar cari ikan. Tengok2 baju murah2. Mama pemurah sangat orangnya. Sanggup berhabis duit demi anak2. Mama tak pernah berkira dengan anak2. Last gift yang mama belikan tok aku ialah laptop. Mase tu laptop rosak tiba2 sedangkan baru je lagi beli. Setahun jugak tak ada laptop. Rasa malu nak mintak tapi bersabar jela. Buat assignment pinjam laptop rumate. Bila mama dah belikan laptop, mama cakap, " Ini last laptop,kalau lepas ni rosak lagi beli la dengan duit sendiri. Dah takda dah orang nak sponsor ". Tak sangka memang ini lah last sekali hadiah mama belikan tok aku. Memang aku akan jaga elok2 dan manfaatkan sebaiknya.







Kalau ditanya apa benda yang aku rindu nak buat. Aku nak jaga mama. Sebab itu lah kenangan yang tak dapat dilupakan. Setiap hari pergi hospital, gilir2 tido kat hospital jaga mama. Tiap hari fikir nak bagi mama makan apa. Supaya badan mama sentiasa ada tenaga. Ikhtiar macam2 nak bagi mama makan, nak bagi mama makan ubat. 





Sekarang menjadi tanggungjawab untuk sentiasa kirimkan doa. Moga dengan doa kita itu dapat membantu roh mama dan atok tenang di sana. Moga sentiasa hidup di bawah rahmat Allah dan diberikan petunjuk untuk sentiasa berada di jalan yang lurus. Allahuma Amin. Al- Fatihah.






0 comments:

Post a Comment