Assalamualaikum
Tadi aku tengah google bilik kosong dekat Shah Alam. One room yang aku aim tadi aku call cakap dah ada orang masuk. Aku kecewa sebab sewa agak murah berbanding yang lain. Aku cuba lagi cari je asal aku ada tempat nak stay kat sana. But end up semua dah ada orang masuk. Tak kurang jugak yang tak angkat call and siap aku call orang tu dekat oversea -.-. Then there's one room yang aku call tadi ade kosong. Memang la ads tu baru publish arini. Tapi dia nak confirmation bulan ni. So aku macam sedih balik. Kalau boleh aku nak duduk dalam. Nampak tak boleh nak nego sebab dorang nak bulan ni jugak. Kesimpulannya aku tengah sedih dan kecewa sebab tak dapat bilik untuk di booking. Tolong doakan aku dapat kolej please :( Dahla kawan pon takda ni. Tolong doakan aku.
Mintak maaf sebab aku dah menghabiskan masa korang baca perenggan pertama tu. Aku stress sampai semua benda aku buat rasa tak kena. And pengakhirnya aku update blog. Actually ni bukan cerita sebenar yang aku nak cite. Tadi aku ada terbaca kisah seorang perempuan macam kena kacau dalam bus. So bila aku baca aku paham apa yang dia rasa. Sebab aku pon pernah alami and cara yang digunakan sama.
Ceritanya bermula begini,
Masa aku belajar dulu aku kerap balik rumah, so boleh kate tiap 2 minggu sekali mesti aku akan balik rumah. So pengangkutan yang aku selalu guna dari Seremban-Teluk Intan adalah bas. Ada lah satu masa tu aku dari kl nak ke seremban. Kalau nak ke terminal tu kena jalan kaki sikit ke kota raya. So dekat situ ade 2 jenis bas yang disediakan iaitu SKS dan Suasana Edaran. Korang boleh pilih. Masa aku sampai tu aku pilih bas yang paling dekat la. Bas SKS. Ko ingat tak penat jalan dari pudu ke kota raya tu. Keluar jugak la peluh jantan aku. Eh.
So sampai je tercungap2 terus bayar tiket naik duduk senang hati. Bas ni akan bergerak setiap 1 jam. So antara jangka waktu tu dorang akan tunggu penumpang yang nak naik. Then ade lah satu lelaki ni, badan boleh kate tuff jugak,muka melayu kot, then nak cakap botak tak jugak tapi rambut dia sikit tapi pacak. Ah tak reti aku nak describe. Dia nak duduk tepi aku. Mula2 aku pelik jugak kenapa dia nak duduk tepi aku sedangkan banyak lagi tempat kat depan. Kat belakang dah di conquer oleh orang indon ke bangla aku dah lupa. So dia duduk la tepi aku. Aku buat relek jela. Dalam hati ada rasa tak sedap jugak. Kemudian bas bergerak.
Sampai satu masa dia tertido. Aku masa tu tak tido sebab aku macam tak sedap hati. Badan dia je dah penuh seat tu sampai aku yang terpaksa jarakkan diri. Untuk langkah keselamatan aku letak beg aku rapat dekat badan. Yela risau kan. Kemudian aku mesej Napy untuk hilangkan rasa takut aku. Aku cakap ade lelaki duduk sebelah aku and aku rasa tak sedap hati. Dia apa lagi marah la. Sedang mesej2 tu aku dapat rasa siku lelaki tu makin lama makin dekat dengan pinggang aku. Aku pelik. Aku rasa tak selesa dah la sempit then sakit gila siku dia kena pinggang aku. Dia rendahkan badan dia time dia tido tu. Sampaikan aku tak tahu nak buat apa. Aku cuba tolak siku dia dengan beg aku tapi still tak berhasil. Masa tu aku rasa muka aku dah nk dekat cium cermin bas kot.
Aku geram sebab tak dapat nak buat dia sedar dan alihkan siku dia. So aku decide aku call Napy. Dengan cara tu je kot dapat sedarkan dia dari tido dia yang 'lena' tu. Aku bagitahu kondisi aku. Napy suruh aku kejut dia cakap nak tukar tempat. Tapi aku ni penyegan yang amat sampai tak terkeluar ape2 dari mulut aku. So aku diamkan diri. Sepanjang perjalanan tu aku on call dengan dia sebab aku takut sangat. Sampai satu masa aku sengaja kuatkan suara aku harap2 dia sedar dan alihkan siku dia tu. Ternyata berhasil taktik aku. Oh aku lupa cerita. Masa dia tido tu, dia luaskan kaki dia jadi korang bayangkan lah mcm mana keadaan aku yang tersepit nak tercium cermin bas ye. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan lah. Sampai je seremban cepat je mononong dia turun bas. Haish kalau lah aku lelaki dah lama aku sound kot. Eh kalau aku lelaki takda maknanya dia nak kacau aku. Apalah.
So, pengajarannya di sini kalau duduk dalam bas elakkan bagi orang lelaki duduk sebelah. Aku tahu bukan semua yang ada niat jahat. Tapi kita kena ambil langkah berjaga2 la jugak kan. Secondly, cari seat yang berdekatan dengan wanita or duduk sebelah mereka untuk lebih selamat. Thirdly, cuba korang berlakon tido ke or duduk di seat bahagian luar supaya dia tak ngada2 nak duduk sebelah korang. Next, aku prefer naik Suasana Edaran dari SKS. Sebab Suasana Edaran seat lebih cantik dan selesa and kurang jumpa manusia yang pelik2 ni. Harga tiket still sama rm7 berbaloi la walaupun terpaksa tunggu lama sikit sebab kadang2 bas takda dan sebab itu lah orang banyak naik SKS dari Suasana Edaran. And lastly cara yang paling selamat, jangan balik sorang2.
Sekian perkongsian hari ni. Harap dapat dimanfaatkan. Till then.




