Wednesday, November 16, 2011

Kawan Sahabat

Assalamualaikum


Kau ada ramai 'kawan' tapi adakah semua kawan2 kau tu boleh dianggap sebagai seorang 'sahabat' ? Bagi aku definisi kawan dan sahabat sangat jauh bezanya. Orang yang baru kau kenal sehari juga sudah boleh diletakkan status sebagai seorang kawan kan?

Kawan - orang yang berada di samping kau, belajar bersama, makan bersama, keluar bersama, simpan minat dan citarasa yang sama atau mungkin berbeza.

Sahabat - Orang yang mungkin tak selalunya berada dengan kau, mungkin pernah belajar bersama kemudian terpisah, pernah makan bersama, pernah keluar bersama, kenal baik buruk kau. Terima kekurangan dan kelebihan kau. Sentiasa sokong kau di saat kau jatuh dan di saat kau berjaya. Back up kau bila bergaduh dengan orang lain dan bercakap jujur dengan kau.


Dulu masa zaman sekolah aku pernah ada masalah friendship ni. Masa form 4 aku masuk sbp aku boleh dikatakan pendiam lah jugak. Sedangkan aku sangat lah hyperactive semasa zaman aku di convent dulu. Dulu dekat convent ade geng. And geng kitaorang ramai. Geng kita pulak satu kelas. Itu belum campur geng kelas sebelah. Walaupun tak rapat tapi bila jumpe terserlah lah gedik masing2. Tapi masa aku dekat sbp aku jadi pasif gila. Culture shock mungkin? Budak convent masuk sekolah campur mestilah kekok unless kau memang biasa bergaul dengan lelaki. So kalau seorang kawan pon susah nak cari ini kan seorang kawan lelaki. Na mungkin ~ 




Nak dijadikan cerita aku adalah berkawan dengan seseorang. Yes ofcourse lah girl. So kawan punya kawan punya kawan sampai satu masa aku jadi stress. Sebab apa? Sebab aku rasa dia tak hargai aku. Dia menggunakan aku. Bila masa dia takda kawan dia cari aku. Bila jumpa kawan yang dia suka dia tinggalkan aku. What the fish? Kau pernah tengah jalan2 dengan dia then dia terjumpa kawan lain dia terus tarik tangan kawan dia tu then tinggalkan aku sorang2. Even kalau dia ajak aku join dia mungkin aku tak nak. Tapi dia boleh terus blah tinggalkan aku sorang2

Dahla aku dengan takda kawannya, nak adapt dengan suasana asrama lagi, nak bergaul dengan adik2 dan kakak2nye lagi, nak adapt dengan sistem belajarnye lagi. So memang aku stress. Sampai aku bagitahu parents yang aku tension. Kebetulah masa first exam aku dapat no last dalam kelas. Cuba kau bayangkan macam mana aku nak kawal perasaan aku. Aku takda sapa2 nak mengadu. Even dekat dorm pon aku pasif. Parents aku lah tempat aku mengadu. Kadang2 terpaksa telefon mak aku malam2, cerita masalah tapi tak semua sebab aku malu. Aku malu orang nampak aku menangis. Bila parents aku datang melawat baru lah aku cerita semuanya.



Mak aku cakap dengan nada marah, " Kau takda kawan kau tak mati lah. Banyak lagi kawan2 lain yang kau boleh berkawan. Bukan dia sorang je". Kalau bab belajar pulak mak aku siap beli buku rujukan supaya aku dapat belajar. Aku memang sangat2 hargai nasihat dan motivasi yang parents aku bagi. Memang aku nangis gila2 punya sebab punya lama aku pendam rasa sedih rasa geram aku. Lepas je dari tu aku mula jauhkan diri dari dia. Bila dia ajak aku pergi mana2 aku tolak. Aku tahu dia marah tapi ada aku kesah? Walaupun aku terpaksa rehat sorang2, balik kelas sorang2, solat sorang2 aku tak kesah. Daripada ada kawan yang menyakitkan hati baik aku sorang2.


Dan dalam sedar tak sedar aku dah mula boleh adapt dengan environment. Aku dah mula rapat dengan kakak2 dorm aku, aku ada adik dorm yang gila macam perangai aku, aku dah ada kawan yang boleh teman aku makan, teman balik kelas sama2, dan solat sama2. You know who you are and tak perlu lah aku mention. And oh aku nak berterima kasih jugak dekat kau sebab kenal kau jugak satu pengalaman. Now aku dah lupa dah semua benda tu and aku dah maafkan kau. No hard feeling. Serious :)




Motif aku cerita ni sebab aku nak bagitahu kalau kau punya kawan, treat lah dia sebagaimana dia treat kau. Hargai lah dia sebagaimana dia menghargai kau. Terus teranglah kalau kau tak suka dengan cara dia supaya dia boleh menjadi lebih baik. Supaya boleh berkawan dengan lebih baik. Aku yakin komunikasi yang baik juga memainkan peranan. Kalau dia boleh terima kelemahan kau mengapa tidak kau? Yang paling penting jangan pernah kau gunakan kawan kau untuk kepentingan diri sendiri. Even kalau aku cerita perihal kawan dekat perents aku pon mereka boleh detect kawan mana yang baik dan kawan mana yang menggunakan aku. Kau tak tahu. Tapi aku tahu ;)


Till then


2 comments: