Monday, October 10, 2011

Susah senang tiga tahun


Assalamualaikum


Hai hai awak2 semua. Tergendala kejap nak update blog gara2 fenomena bulan malam ni. Kalau sekarang tengok jam dah pukul 12 lebih dah. Kalau semalam tarikh sangat special 9/10/11. Birthdayy Hanis Zalikha. Happy birthdayy awak ! Kita sebaya tapi awak model saya takk. haha. Yeah it's known as the Halo Phenemenon which is the effect of ice crystal in the upper troposphere of sky. Yes terima kasih twitter kerana menyampaikan maklumat lebih pantas dari berita. lol. Kalau nak tahu fenomena ni jugak berlaku di siang hari dan aku rasa pernah nampak jugak tapi sebab matahari terik kan sapa nak pandang lelama. hee.

Dah rasa macam lari dari tajuk la pulak kan. Since aku dah lama dah dok rumah ni tetibe terasa rindu gila dekat seremban. Yelah tempat belajar aku dulu. Rasa sekejap je tiga tahun but not exactly tiga tahun. Dua tahun setengah je. Lagi enam bulan tu dah ade kat rumah dah. Kau tahu dulu2 mase kecik2 aku pernah sekali jejak kat seremban sebab ikut bapak aku ade kursus kat sane. Then somehow aku cakap dekat parents aku, " Best lah seremban ni ma, una nak belajar kat sini la ". Then bile aku teringat balik Allah makbulkan apa yang aku cakap tu. Macam dejavu pulak aih. Masa depan sape yang tahu kan. 

Selama lebih 2 tahun ni macam2 yang aku rindu. Yang paling aku rindu mestilah kawan2. Macam2 perangai dok ada cheq habaq hang. Since housemate aku dulu ade 2 org utara so ofkos lah aku paham jugak sikit2 apa depa kata. haha. But mostly aku rindu Ayu anje ! Ayu memang best tiap tahun birthday aku mesti die sponsor cake. Tapi tahun ni takde la cos dah pindah kan. Kalau nak tahu mak ayu ni pandai buat kek, roti sume la. Memang muka kiteorang jelah yang dok habiskan. Mane tak gemok. haha. Ayu ni dalam bilik dok sebelah katil aku. Tiap malam before tido mesti sembang. Tak sah lah kalau tido tak sembang. Ade je bende nak cite. Kire wajib pillow talk sesama. 

ni ayu. comel kan dia :p
Time ni kali pertama dia bagi kek. 
Next year punya kek tak jumpa gambarnye. hee


Korang pernah makan char kuey tiaw? Kalau nak tahu mase kat seremban aku memang gila char kuey tiaw kat sane. Mane2 makan mesti nak makan char kuey tiaw. Lagi2 kalau orang lelaki yang buat perghh memang sedap lak. Tengok macam senang je depe masak cube sekali buat. Kalau kat sane tempat yang paling dekat nak makan char kuey tiaw depan blok bilik aku je. jalan kaki je sampai. So tiap malam mesti tapau balik bilik. Selain tu aku suka makan burger. Yelah burger jalanan tu. haha. Nama je burger jalanan tapi sedap taw tak. Tiap malam kalau dah tak tau nak makan ape makan burger la jawabnye. Sekali lagi mane tak gemok. haha.

Kat sane memang makan je keje. Petang balik kelas beli la naget or kentang. Balik melenggang seronok nak makan la katakan. haha. Jangan pulak korang cakap aku kuat makan lak tapi maintain slim *muntah*. haha. Memang aku kuat makan pon then aku akan lapar balik. Selaian makanan, kat sane aku suka gila tidur. haha. Housemate aku taw la aku macam mana. Balik kelas, solat then bumm terus tido. Tu kalau penat sangat la. Kalau tak penat aku bukak laptop main game or tengok la ape2 yang ade dalam laptop. Tapi selalunye memang aku tido. haha. Then dalam kol 7 cmtu dah ade kawan aku bising suruh bangun. Then bangun, mandi, solat terus bersiap cari makanan. Once again mane tak gemok. haha.

Kalau kat kolej selalu muka aku jugak la yang masuk kelas lambat. Kalau boleh sampai sane nak tepat2 or lambat dua tiga minit. Lecturer bukan masuk awal pon. Sampai dok tunggu lecturer je. So baik aku datang lambat. Pernah sekali aku bangun lambat then aku masuk kelas dah malu nak pandang orang. Duduk je terus pandang depan. Then kawan aku tegur mata aku sembab. Aku study ke hape. Aah study la sangat. Terlebih tido. ha tulah aku kat kolej. Serious rindu gila kat katil aku tu. Walaupun katil aku tu dah macam nak patah tapi aku rindu kot. Empuk je kalau baring. Eh lagi satu kalau yang selalu tukar katil tu aku lah sebab dalam setahun 3 kali katil aku patah. Orang dah pelik dah. Badan kecik je tapi katil patah sampai 3 kali. Ha tu semua keje kawan2 aku. Kalau gelak tak hengat sampai patah katil aku. Yelah sume dok pakat dok atas katil aku. hangin je satu badan. haha.

classmates. picture credit to ayie kachak :p
course paling ramai gengster maybe? hee


Mase ni berkerah buat projek. 
Boleh la tak hebat macam projek korang :P

Yang kat atas ni teammates. Most of project or assignment buat dengan dorang. Kalau takda masalah bukan teammates la kan. Ofcourse mesti ade masalah tiap kali buat project. But still we have come this far. Alhamdulillah lagi 2 minggu nak konvo. Nanti jumpa ya kawan2 !

Itu jela yang aku rasa aku rindu sangat nak pergi sane. Kalau boleh malam ni jugak nak makan char kuey tiaw sane. Adoi tengah lapar ni ok chaw dulu. Till then ya people ! :)


0 comments:

Post a Comment